
Salam,
Bertemu kembali selepas sekian lama menyepi. Suatu hari aku, pergi ke kebun dan sesampai saja ke kebun, hujan mulai turun renyai-renyai. Aku duduk dalam kereta untuk berteduh kerana pondok yang dibina jauh di hujung kebun. Untuk menghilangkan kebosanan, aku SMS pantun kepada seorang sahabat untuk menegur majlis kenduri perkahwinan pengantin 4 anaknya dan berlakulah suatu dialog seperti berikut:
Aku :
Pahang trkona dgn ikan patin
Makan bersamo omak & ayah,
Masak lomak sambal tompoyak;
Kenduri kawin mcm rmh datin,
Tahniah, cukup bosa cukup meriah,
Cumo tak molek, ada pelamin, karaoke dan joget lambak!
Eh… eh… jangan mare. Tk
Sahabat: Joget lambak x ado, karoke dan pelamin ado. Den srbasalah, hajat ayah den (dio ado sakit jantung menggigil bilo marah kalau x ikut kohondak dio) nanti dio meninggal. Insya Allah ok. DOGUP BICARO MENGHISIK GASO. TANGAN DHULOR MAAF DIPINTA.TK
Aku :
Jangan marah bila sey bicagho,
Ampun maaf klau teraso;
Tak bersalah kalau kito terpakso,
Lain kali buek yang lagi meriah tapi tak ada doso.
Sahabat: Tak marah tapi marah kalu tak tegor mcm ni, t kasehhh.
Susah juga nak tegur sahabat-sahabat ini, takut ada yang terkecil hati jika tidak kena caranya. Aku tak kata aku sempurna dan bebas dari salah dan dosa, namun menegur seseorang terutamanya sahabat sendiri menandakan kita sayang pada mereka.
Tiba-tiba dapat SMS dari isteri tersayang, dan berlakulah dialog SMS berikut:
Isteri : Abang kat mana ni. Hujan lebat cni.
Aku : Kat kebun. Sini renyai2 je.
Isteri : Ok. Take care.
Tiba-tiba hujan yang renyai-renyai menjadi terlalu lebat. Macam nak tercabut semua pokok kelapa sawit dan pokok-pokok hutan. Aku apa lagi, hidupkan enjin terus keluar dari kebun dah singgah di sebuah warong. Tiba-tiba dapat lagi SMS dari isteri yang dikasihi dan dialog bersambung lagi:
Isteri : Ani x masak hari ni. Hujan lebat x leh masak basah. Mkn dulu sblm blik.
Aku : Dah kluar kbn. Hjn lebat. X sempat petik. Tgh mkn di kedai ni.
Isteri : K, tak pe lah x de rezeki. Sambung esok. Ani nak gi sek dah ni. Bye. Luv u. mlm ni ………. Hjn2 sjk. Kah.. kah..
Aku :
Limau tak petik tak ada pitih,
Beg anak dah koyak terbarai;
Apakan daya jawatan banyak bertindih,
Macam nak kerja balik pergi ke Dubai.
Isteri : Yolah den pun poning yo… beg koyak, kasut koyak, semuo ei koyak. Cadang duit gaji bulan ni nak spend beli baju rayo. Cam no nak buek?
Aku :
Bln Ramadhan Syawal dah makin rapat,
Byk belanjo tidak terperi;
Byk berdoa, byk munajat,
Moga Allah swt kasihani & mudahkan rezeki.
Tk segalonyo. Luv u.
Susah juga bagi orang yang seperti aku ni... meninggalkan kerja gaji beribu ringgit semata-mata untuk kerja sendiri. Dah lebih setahun tapi masih belum boleh menampung perbelanjaan keluarga. Isteri yang banyak membantu tapi sebagai seorang lelaki dan ketua rumah, rasa ego makin tercabar, rasa kehinaan dan rendah diri mulai menyelinap. Ya… Allah! Kau kuatkan diri hamba Mu ini dan lapangkanlah rezeki hamba Mu ini secepat mungkin….
Teringat mesyuarat Expo di Ambang Ramadhan esok, aku SMS pantun kepada semua Pengarah dan AJK pelaksana seperti berikut:
Mesyuarat expo esok jam 9 mlm,
Di dewan JIM Dtrn Snwg spt biaso;
Harap hadir tidak diuzurkan,
Moga Allah mudahkan segalo kojo
Kekadang memikirkan masalah sendiri dan keluarga, rasanya dah tak terdaya untuk melaksanakan tanggungjawab lain. Namun hakikatnya, orang yang kita gelar sahabat sering meminta dan mencadangkan kita memegang pelbagai jawatan yang membuatkan kita sering kebuntuan dan kekerimasan sedangkan masalah kita hanya kita yang memahami dan menghadapinya sendirian…………
Ya Allah…. Bantulah aku….